Kini Emma Maembong pula Berhijrah?

Kehadiran pelakon Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOP kelmarin mengundang persoalan di kalangan peminat sama ada beliau sudah benar benar berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.

Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.

“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.

Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi

Ayu Raudhah Hamil Anak Kedua

Nampaknya bukan Rozita Che Wan seorang sahaja yang diselubungi (poor choice of word) rasa kebahagian semalam, adiknya Ayu Raudhah turut memaklumkan berita gembira yang mana beliau kini sedang hamil anak kedua.

Bercakap kepada Media Hiburan, Ayu Raudhah berkata yang kandungan kedua beliau ketika ini berusia empat bulan & ini merupakan anak kedua Ayu bersama suaminya Zaquan Adha setelah dikurniakan anak pertama mereka Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.

Tahniah buat pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha yang bakal menyambut orang baru dalam keluarga. Semoga semakin bahagia hendaknya. (rtky/eka)

Yuna tutup akaun Instagram kerana mahu privasi

Penyanyi popular bertaraf antarabangsa Yuna tidak mahu menggunakan lagi aplikasi sosial Instagram demi menjaga privasi dan keselamatan dirinya.

Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai tindakan beliau membuat demikian selepas menempuh pengalaman ngeri apabila diintip peminat fanatik yang mengetahui segala tindak-tanduknya melalui laman sosial itu.

"Sebelum ini saya ada pengalaman dengan 'stalker', itu yang buat saya risau. Sejak tutup akaun Instagram, tak dinafi saya rindu dengan peminat-peminat. Tapi buat masa ni saya tak berhasrat nak aktifkan semula. Saya harap peminat-peminat saya faham," ujarnyan kepada portal hiburan tempatan.

Jelas pelantun "Terukir Di Bintang" itu beliau mula sedar dari kesilapan lalu yang memberikan dia pengajaran berguna untuk tidak terlalu mendedahkan kisah peribadi kepada umum yang mana boleh mendatangkan kontroversi.

"Belajar dari kesilapan lalu, membuatkan saya kini lebih selesa tidak terlalu membicara kisah peribadi kepada umum. Apapun, perkembangan hubungan saya dengan dia (Jules) biasa-biasa sahaja."

Dalam perkembangan lain, Yuna bakal muncul dengan album Inggeris pertamanya iaitu "Nocturnal" yang akan memuat 11 lagu ciptaannya antaranya "Falling" dan "Rescue" yang mana sudah dilancarkan di Amerika Syarikat pada 29 Oktober lalu.

Selain itu,penyanyi berusia 27 tahun ini juga akan menghasilkan dua buah lagu melayu untuk runut bunyi filem "Lagenda Budak Setan 3" selepas diminta pengarah filem itu sendiri.

"Atas permintaan pengarah filem yang mahukan saya menghasilkan lagu runut bunyi, saya bersetuju mencipta dan menyanyikan lagu itu."