tudung yang paling digemari

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis tudung yang menjadi kegemaran golongan berhijab. Mari kita lihat antara koleksi tudung atau selendang yang paling menjadi kegemaran mereka. 

tudung bawal plain kangaroo

Tudung Bawal Plain Kangaroo

Tudung ini menjadi kegemaran ramai kerana ianya senang untuk dipadankan dengan baju yang kita pakai. 
Jika kita memakai baju yang sudah cukup berat dengan corak, kita boleh seimbangkan dengan memakai tudung yang kosong atau 'plain'. 

tudung bawal kelantan no 1 sulam batu cekik tepi

Tudung Bawal Kelantan No.1 Sulam Batu Cekik Tepi

Tudung bawal ini juga menjadi kegemaran ramai kerana selain senang untuk digayakan, tudung bawal ini juga mempunyai warna yang menarik dan perhiasan di sekelilingnya. Warna yang digunakan juga sangat menarik.

tudung bawal corak bunga

Tudung Bawal Corak Bunga

Ini juga merupakan salah satu tudung bawal yang menjadi kegemaran golongan yang berhijab. Ini kerana tudung ini adalah antara rekaan yang terbaru. Ia menjadi kegemaran kerana ianya senang dan mudah untuk digayakan disamping cantik dan warna yang menarik.

tudung awning sifon layer plain

Tudung Awning Chiffon Layer Plain

Ini adalah tudung awning yang mempunyai 3 lapisan atau layer. Tudung ini digemari kerana ia mempunyai warna yang menari dan ianya plain. Warna plain digemari kerana ia senang untuk dipadankan dengan apa-apa warna baju sekalipun. Selain itu juga, tudung awning juga sangat mudah dipakai.

tudung awning sifon layer corak

Tudung Awning Chiffon Layer Corak

Tudung ini juga mendapat sambutan yang hangat dari penggemar tudung segera. Ini kerana ianya tudung awning dan ia mempunyai corak pada lapisan pertama. Ia membolehkan pemakai tudung ini memadankan pelbagai corak ataupun baju yang plain.

Ini adalah sebahagian sahaja tudung yang paling popular yang menjadi kegemaran hijabista. Terdapat banyak lagi jenis tudung yang digemari oleh mereka dan yang penting ianya tudung yang terkini dan terbaru. 

0 comments:

Post a Comment

ape yang diam2 tu try je komen hik!!