Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Rahsia Besar Masjid Nabawi Yang Disembunyikan Selama Ini

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid An-Nabawi.

Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.

Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.

Wanita hamil 13 janin

Baghdad: Seorang wanita Iraq yang berusia awal 40-an hamil dengan 13 janin walaupun sudah melahirkan tujuh anak termasuk anak kembar sejak dia berkahwin 24 tahun lalu.

Suaminya, Fadhil Al Azawi yang juga peladang dari wilayah tengah Salahuddin berkata, ujian perubatan menunjukkan isterinya mengandungkan 13 janin selepas lima tahun tidak hamil.


Fadhil berkata, dia berkahwin dengan seorang lagi wanita tahun lalu selepas isterinya gagal hamil lagi. “Saya gembira dengan kehamilan isteri saya tetapi pada masa yang sama saya juga bimbang bagaimana untuk menjaganya. “Berita isteri saya mengandungkan 13 janin cukup mengejutkan. Saya kini sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut kelahiran bayi. Saya mungkin satu-satunya bapa yang mempunyai anak kembar 13,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Takreet, Dr Mikdam Al Jabouri berkata, ujian imbasan menunjukkan wanita itu hamil dengan 13 janin. “Ujian awal menunjukkan empat daripada janin itu sudah mati kerana jantung mereka tidak lagi berdenyut, manakala yang lain dalam keadaan baik.

“Si ibu juga dalam keadaan baik dan ini adalah kes kehamilan paling jarang ditemui. Bagaimanapun, kami menjangka lebih banyak janin akan mati pada awal peringkat kehamilan dan mungkin jumlah yang lahir kelak kecil saja,” katanya. - Agensi

13 tahun kahwin dengan patung

Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.

Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.


Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.

“Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.


RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks.


Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.

Foto
DAVECAT bersama Sidore di kediaman mereka.

Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.


Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.

“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi

Digilis kereta api ketika berasmara

Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.

Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.


Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang. Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.

Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.


Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu. - Agensi