GAMBAR NORA DANISH DENGAN PORSCHE KEKASIHNYA

Bertuah lah badan si pelakon cantik sorang niii... Terbaru, gua dengar pelakon ni dapat hadiah banglo bernilai 7 juta dan juga sebuah kereta mewah dari boifren dia..

Kalau betullah apa yang gua dengar tu.., maka tak sia-sia lah pelakon ni berkawan dan ikut kehulu kehilir dengan anak VIP terbabit..

Ishhh.., senang betul nak jadi kaya kann..

sumber

Rahsia Besar Masjid Nabawi Yang Disembunyikan Selama Ini

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid An-Nabawi.

Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.

Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.

Wanita hamil 13 janin

Baghdad: Seorang wanita Iraq yang berusia awal 40-an hamil dengan 13 janin walaupun sudah melahirkan tujuh anak termasuk anak kembar sejak dia berkahwin 24 tahun lalu.

Suaminya, Fadhil Al Azawi yang juga peladang dari wilayah tengah Salahuddin berkata, ujian perubatan menunjukkan isterinya mengandungkan 13 janin selepas lima tahun tidak hamil.


Fadhil berkata, dia berkahwin dengan seorang lagi wanita tahun lalu selepas isterinya gagal hamil lagi. “Saya gembira dengan kehamilan isteri saya tetapi pada masa yang sama saya juga bimbang bagaimana untuk menjaganya. “Berita isteri saya mengandungkan 13 janin cukup mengejutkan. Saya kini sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut kelahiran bayi. Saya mungkin satu-satunya bapa yang mempunyai anak kembar 13,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Takreet, Dr Mikdam Al Jabouri berkata, ujian imbasan menunjukkan wanita itu hamil dengan 13 janin. “Ujian awal menunjukkan empat daripada janin itu sudah mati kerana jantung mereka tidak lagi berdenyut, manakala yang lain dalam keadaan baik.

“Si ibu juga dalam keadaan baik dan ini adalah kes kehamilan paling jarang ditemui. Bagaimanapun, kami menjangka lebih banyak janin akan mati pada awal peringkat kehamilan dan mungkin jumlah yang lahir kelak kecil saja,” katanya. - Agensi