Pesawat Bakal Mendarat Di Janda Baik Sabtu Ini

Pesawat mana yang berani mendarat di kawasan semulajadi Janda Baik kalau bukan kumpulan indie rock yang dianggotai oleh empat orang anak muda tempatan ini?
Bagi yang tertanya-tanya, Pesawat dan beberapa orang lagi penghibur tanah air seperti Najwa Latif, Bunkface, Altimet, Awi Rafael, Azlan & The Typewriter, Nitrus, Waris dan ramai lagi akan membuat persembahan di Padang Awam Janda Baik, Bentong, Pahang bersempena dengan Eco Fest 2013.
Untuk pengetahuan anda, Eco Fest 2013 adalah sebuah festival anjuran Stesen SENI dengan kerjasama ULTRA 101.3FM dan Riwayat Records yang diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat terutamanya remaja tentang cara hidup sihat di samping memulihara alam sekeliling.
Pesawat Bakal Mendarat Di Janda Baik Sabtu Ini
Najwa Latif akan turut membuat persembahan di Eco Fest 2013
Janda Baik yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi telah terpilih untuk menjadi lokasi festival kali ini seiring dengan matlamat untuk menjadikannya sebagai destinasi pelancongan eko di Malaysia.
Selain daripada persembahan nyanyian, Eco Fest yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 28 Disember 2013 turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti bola sepak sembilan sebelah yang menampilkan pasukan dari Kakitangan Frenz United FC, Janda Baik FC, Utusan dan RTM.
Orang ramai dijemput hadir ke festival berkenaan bermula jam 1 petang hinggalah 1 pagi. Bagi memudahkan anda untuk ke tapak festival, perkhidmatan van shuttle turut disediakan dari Mc’Donald Genting Sempah setiap sejam sekali.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai festival ini, sila hubungi Helmi di talian 016 606 0585atau hantarkan email kepada stesenseni@gmail.com untuk maklumat lanjut.
#ohbulan.com/

Kini Emma Maembong pula Berhijrah?

Kehadiran pelakon Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOP kelmarin mengundang persoalan di kalangan peminat sama ada beliau sudah benar benar berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.

Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.

“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.

Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi

Ayu Raudhah Hamil Anak Kedua

Nampaknya bukan Rozita Che Wan seorang sahaja yang diselubungi (poor choice of word) rasa kebahagian semalam, adiknya Ayu Raudhah turut memaklumkan berita gembira yang mana beliau kini sedang hamil anak kedua.

Bercakap kepada Media Hiburan, Ayu Raudhah berkata yang kandungan kedua beliau ketika ini berusia empat bulan & ini merupakan anak kedua Ayu bersama suaminya Zaquan Adha setelah dikurniakan anak pertama mereka Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.

Tahniah buat pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha yang bakal menyambut orang baru dalam keluarga. Semoga semakin bahagia hendaknya. (rtky/eka)