Kini Emma Maembong pula Berhijrah?

Kehadiran pelakon Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOP kelmarin mengundang persoalan di kalangan peminat sama ada beliau sudah benar benar berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.

Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.

“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.

Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi

Ayu Raudhah Hamil Anak Kedua

Nampaknya bukan Rozita Che Wan seorang sahaja yang diselubungi (poor choice of word) rasa kebahagian semalam, adiknya Ayu Raudhah turut memaklumkan berita gembira yang mana beliau kini sedang hamil anak kedua.

Bercakap kepada Media Hiburan, Ayu Raudhah berkata yang kandungan kedua beliau ketika ini berusia empat bulan & ini merupakan anak kedua Ayu bersama suaminya Zaquan Adha setelah dikurniakan anak pertama mereka Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.

Tahniah buat pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha yang bakal menyambut orang baru dalam keluarga. Semoga semakin bahagia hendaknya. (rtky/eka)