Bintang baru YG Entertainment, Lee Hi baru-baru ini dinamakan seorang daripada bintang muda dalam senarai '21 Bawah 21' kelolaan Billboard.
Menurut laman sesawang Kpop Starz, penyanyi berusia 17 tahun itu menjadi artis K-Pop keempat selepas HyunA, Wonder Girls dan IU berjaya memasuki senarai tersebut, yang turut menamakan Miley Cyrus (tempat ketiga), Justin Bieber (tempat kedua) dan One Direction (tempat pertama).
Pelantun suara lagu "It's Over" itu berada di kedudukan ke-20 artis muda bawah 21 tahun yang terkenal dan berpengaruh.
Menurut sumber Billboard, "Dalam masa 12 bulan, pendatang baru bernama Lee Hi ini menaiki carta sehingga setanding dengan para idola K-Pop yang lain. Lagu-lagunya seperti "1,2,3,4" dan "It's Over" selain daripada kolaborasinya bersama Psy dan Epik High turut mendapat sambutan hangat."
Lee Hi merupakan pemenang tempat kedua rancangan realiti nyanyian "K-Pop Star" musim pertama yang disiarkan di saluran SBS tahun lalu.

Walaupun baru berusia 17 tahun, Lee Hi berjaya menempatkan dirinya setanding dengan pemuzik antarabangsa terkenal. |