Yuna tutup akaun Instagram kerana mahu privasi

Penyanyi popular bertaraf antarabangsa Yuna tidak mahu menggunakan lagi aplikasi sosial Instagram demi menjaga privasi dan keselamatan dirinya.

Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai tindakan beliau membuat demikian selepas menempuh pengalaman ngeri apabila diintip peminat fanatik yang mengetahui segala tindak-tanduknya melalui laman sosial itu.

"Sebelum ini saya ada pengalaman dengan 'stalker', itu yang buat saya risau. Sejak tutup akaun Instagram, tak dinafi saya rindu dengan peminat-peminat. Tapi buat masa ni saya tak berhasrat nak aktifkan semula. Saya harap peminat-peminat saya faham," ujarnyan kepada portal hiburan tempatan.

Jelas pelantun "Terukir Di Bintang" itu beliau mula sedar dari kesilapan lalu yang memberikan dia pengajaran berguna untuk tidak terlalu mendedahkan kisah peribadi kepada umum yang mana boleh mendatangkan kontroversi.

"Belajar dari kesilapan lalu, membuatkan saya kini lebih selesa tidak terlalu membicara kisah peribadi kepada umum. Apapun, perkembangan hubungan saya dengan dia (Jules) biasa-biasa sahaja."

Dalam perkembangan lain, Yuna bakal muncul dengan album Inggeris pertamanya iaitu "Nocturnal" yang akan memuat 11 lagu ciptaannya antaranya "Falling" dan "Rescue" yang mana sudah dilancarkan di Amerika Syarikat pada 29 Oktober lalu.

Selain itu,penyanyi berusia 27 tahun ini juga akan menghasilkan dua buah lagu melayu untuk runut bunyi filem "Lagenda Budak Setan 3" selepas diminta pengarah filem itu sendiri.

"Atas permintaan pengarah filem yang mahukan saya menghasilkan lagu runut bunyi, saya bersetuju mencipta dan menyanyikan lagu itu."

Tips mengawal berat badan selepas kahwin

Memang tak dapat dinafikan selepas kahwin semuanya nampak indah belaka. Makanan pun nampak sedap semuanya dan anda cenderung untuk makan lebih banyak selepas berkahwin. Satu penyelidikan yang dilakukan membuktikan bahawa berat badan seorang pengantin baru akan bertambah sebanyak 2.7 – 4 kilo dalam masa 2 tahun. 

Anda tentu tidak mahu suami anda cari yang lain bukan? Jadi, 3 perkara dibawah untuk anda mengatakan 'Ya, saya sudi' selepas berkahwin.

Beringat tentang kandungan makanan yang dimakan 
Jika suami anda seorang yang suka makan, anda juga tidak semestinya perlu mengikut hobinya itu. Kandungan kalori antara lelaki dan perempuan amat jauh bezanya. Wanita cuma memerlukan lebih kurang 11 kalori untuk mengekalkan bentuk badan. 

Masak sendiri di rumah
Kebanyakan wanita zaman kini adalah wanita berkerjaya. Ya, kami faham anda penat setelah seharian bekerja dan tidak mempunyai masa untuk masak. Jadi, makan diluar sahaja jalan penyelesaiannya. Berhati-hati wahai wanita, makan diluar menjurus kepada penambahan berat badan mendadak. 

"Dessert Date"
Jika suami anda seorang yang suka menikmati satu 'scoop' aiskrim dan anda pula tukang menghabiskan satu kotak, apa kata anda berdua keluar untuk "Dessert Date" seminggu sekali selain daripada menyimpan satu kotak aiskrim di dalam peti beku. 'Sweet' bukan? 

Selamat mencuba!

Mitos palsu berkaitan pemakaian coli semasa tidur

Pemakaian coli semasa tidur merupakan salah satu mitos yang popular. Kaum wanita telah menggunakan coli selama berabad lamanya untuk memberikan sokongan pada bahagian payudara. Namun, pemakaian coli ke tempat tidur telah membuatkan khabar angin tersebar bahawa ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan meratakan dada anda.

Di sini, kami akan membongkarkan empat mitos berkaitan pemakaian coli semasa tidur seperti berikut:

Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab kanser payudara?
Tidak, mengikut kata seorang pakar bedah payudara. Coli yang mempunyai besi tidak menyebabkan atau meningkatkan risiko kanser payudara. Khabar angin ini bermula pada tahun 1995 di mana seorang pengarang yang menulis sebuah buku bertajuk ‘Dressed to Kill’ telah mendakwa bahawa wanita yang memakai coli ketat setiap hari terutamanya yang mempunyai besi lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang semulajadi. Malahan, dia turut mengatakan bahawa perkara ini turut mengecutkan sistem limpa yang mana berfungsi untuk menyingkirkan toksin daripada badan, namun coli memerangkap toksin dalam tisu payudara lantas menyebabkan kanser payudara terjadi. Namun begitu, tidak ada bukti saintifik untuk menyokong teori ini.

Pemakaian coli semasa tidur: Memastikan payudara anda lebih baik?
Malangnya, tidak ada bukti nyata bahawa payudara anda kelihatan lebih baik jika memakai coli pada waktu malam. Rahsia sebenar untuk dada kelihatan lebih baik adalah dengan memakai saiz coli yang betul. Pakar mengatakan bahawa kebanyakan wanita memakai coli yang tidak memberikan cukup sokongan serta menyumbang kepada ketidakselesaan. Setiap wanita perlu mendapatkan 'fitting' coli profesional sekali setahun.

Pemakaian coli semasa tidur: Meratakan bahagian dada anda? 
Ini merupakan mitos yang paling popular di kalangan gadis remaja, tetapi tiada kebenaran yang tepat tentangnya. Jika mahukan dada yang rata, anda hanya perlu memakai korset yang ketat sehingga tidak membenarkan anda bernafas. Namun, pakar juga menasihatkan bahawa tidak perlu memakai coli semasa tidur jika ia memberikan ketidakselesaan pada anda.

Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab payudara kendur?
Sebenarnya, kehamilan, penyusuan dan penuaan yang merupakan penyumbang kepada payudara kendur, bukan coli. Perbuatan memakai coli lebih dari 8 hingga 12 jam sehari akan melemahkan tisu payudara lantas mengendurkannya dan ini tidak benar sama sekali. Coli merupakan kawan kepada kaum wanita, bukan musuh.
#tupai

SHILA AMZAH LUAH PERASAAN- TERIMA JOHAN AS’ARI SEBAGAI BAKAL SUAMI?

Penyanyi Shila Amzah sedia menerima pelakon Johan As’ari sebagai bakal suami sekiranya mereka ada jodoh.
Tambah Shila, setakat ini Johan antara sahabatnya yang paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti pasangan bercinta.
Kata Shila :-
“Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta.Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti,”
Nuffnang Ads
“Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya serta keluarga”
“Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu”
“Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya.
“Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing,”
Dalam perkembangan lain, Shila kini muncul dengan album baru berjudul Shila Amzah. Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di China, saya memerlukan sesebuah pengurusan yang boleh mempromosikan album saya di negara ini.
Krd to currentlife2u

Tips menggayakan gincu gelap

Gincu gelap boleh membuatkan seolah-olah anda cuba kelihatan seperti Rihanna atau anda mungkin cuma tidak tahu tentang warna yang sesuai untuk anda, atau anda sengaja memilih gincu gelap untuk nampak semula jadi. Apa pun alasan anda, berikut adalah panduan untuk anda menggayakan gincu warna gelap.

Kenal pasti warna gincu yang terbaik untuk anda
Terdapat empat warna 'undertones' iaitu merah jambu, coklat, biru dan merah. Anda perlu kenal pasti yang mana satu sesuai untuk anda.

Lakukan cubaan pertama
Selepas anda menentukan warna 'undertones' yang mana yang terbaik untuk anda, lakukan cubaan pertama. Tidak perlu membelinya terus, tetapi pergi ke kedai kosmetik dan ambil 'tester' gincu dan calitkan sedikit pada bibir anda dan lihat jika kulit anda nampak lebih cerah atau tidak. Jika wajah anda nampak letih, bermakna itu bukan warna yang sesuai dengan anda.

Calit gincu dengan berus bibir
Cara terbaik memakai gincu gelap adalah dengan menggunakan berus bibir. Gincu jenis ini senang comot. Sapukan ia keseluruh bibir termasuk di hujung bibir.

Lip liner
Sebaik sahaja anda selesai mencalit gincu, 'apply' pula 'lip liner' yang sama warna dengan gincu. Lukiskan bibir anda mengikut alur bibir.

Elakkan pengilat bibir (lip gloss)
Warna gelap telah membuatkan bibir anda menonjol, jadi elakkan memakai pengilat bibir. Anda tidak perlu menampakkan bibir anda berkilat. Ia akan kelihatan agak keterlaluan.

Pakai gincu gelap dengan penuh keyakinan
Akhir sekali, jika anda ingin menggayakan gincu gelap, pakailah dengan penuh keyakinan. Usah di layan rakan-rakan anda yang memberi pandangan negatif pada warna gincu anda. Mereka mungkin sahaja tidak berani. Selamat mencuba!